Friday, January 15, 2010

Kebun saya

Hampir sebulan saya tidak "update" my blog. Busy dengan urusan harian + kerjaya+sesi persekolahan baru...terlalu sibuk saya dibuatnya. Walaubagaimanapun, urusan kebun saya masih berjalan sebagaimana yang dirancangkan. Insyaallah,CNY ni saya dan suami bercadang untuk menyiapkan laluan ke kebun kami. Kalau tidak tak termampu saya nak memikul segala hasilnya nanti....wah! I'm really berangan but dengan kata semangat "dreams will come true"...tanpa angan-angan segalanya tak menjadi maka saya tetap meneruskan perjuangan walaupun kadang- kadang terasa seperti hidup dalam kekangan. Mana taknya...duit adalah perlu walaupun orang mengatakan duit bukan segalanya tapi duit adalah perlu untuk menjayakan segalanya. So I have to be strong to make my dreams as reality. Macam lagu "dreams"...rasanya itulah tajuk lagu tu yang pada pandangan saya adalah lagu semangat.

My next step is to find out the way how i can move from KL city to my hometown. Kalau tak just like a remote for all our works. Mana taknya, atas kepercayaan saja kami suami isteri lepaskan pada orang yang diamanatkan untuk membuat kerja. Hanya allah saja yang menjadi saksi diatas apa yang mereka kerjakan. Nak gunakan tulang 4 kerat for sure we can't make it....

Sekarang saya tak sabar nak balik kampung...nak tengok how cold the place we have...really relax our mind..tak macam kat office berserabut dengan macam-macam perkara.

Insyallah, I'll try to post the photo in my blog.

Before I stop my writing today, sape2 yang terbaca blog ni and have a info tentang gaharu, pls email pada saya at iqbal_o5@yahoo.com.my.

Tuesday, December 22, 2009

Pertanian sebagai PERNIAGAAN

Pertanian...perkataan yang mudah tetapi terlalu luas untuk diteroka. Walaupun bidang ini pada masa dahulunya banyak diterokai oleh penduduk luar bandar tetapi pada hari ini ianya telah berjaya membuka banyak mata dan peluang terutamanya pada golongan profesional. Contohnya...saya sendiri. Berkelulusan dari universiti tempatan dan bekerja sebagai jurutera. Tak pernah termimpi didalam fikiran saya untuk berkecimpung di dalam bidang ini memandangkan saya sendiri tak pernah pun menyangkul tanah semasa diusia remaja (biasalah sibuk belajar) tetapi apabila saya berkahwin dan suami saya amat meminati bidang ini secara tak langsung bermula sebagai dorongan akhirnya saya sendiri menjadi minat. Alhamdulliah, sekarang saya belajar serba sedikit tentang pertanian. Dari seorang yang tak pernah ke kebun atau ladang tapi hari ini saya mampu ke mendaki ke kebun saya yang agak berbukit.."jungle tracking" kata hubby saya.

Walaubagaimanapun, untuk merealisasikan impian banyak perkara yang perlu ditelan...terutamanya pendapatan bulanan yang perlu disumbangkan sebagai modal. Sebut pertanian...mesti ada tempat, maka perlu ada tapak atau tanah yang hendak diusahakan. Dengan memegang pepatah "Berdikit - dikit lama- lama menjadi bukit". Kami suami isteri tetap meneruskan impian walaupun pergerakannya diibaratkan macam siput tapi INSYALLAH, usaha pasti jaya.

Saya akan cuba kongsikan serba sedikit dari masa ke semasa tentang projek yang saya usahakan.