Tuesday, December 22, 2009

Pertanian sebagai PERNIAGAAN

Pertanian...perkataan yang mudah tetapi terlalu luas untuk diteroka. Walaupun bidang ini pada masa dahulunya banyak diterokai oleh penduduk luar bandar tetapi pada hari ini ianya telah berjaya membuka banyak mata dan peluang terutamanya pada golongan profesional. Contohnya...saya sendiri. Berkelulusan dari universiti tempatan dan bekerja sebagai jurutera. Tak pernah termimpi didalam fikiran saya untuk berkecimpung di dalam bidang ini memandangkan saya sendiri tak pernah pun menyangkul tanah semasa diusia remaja (biasalah sibuk belajar) tetapi apabila saya berkahwin dan suami saya amat meminati bidang ini secara tak langsung bermula sebagai dorongan akhirnya saya sendiri menjadi minat. Alhamdulliah, sekarang saya belajar serba sedikit tentang pertanian. Dari seorang yang tak pernah ke kebun atau ladang tapi hari ini saya mampu ke mendaki ke kebun saya yang agak berbukit.."jungle tracking" kata hubby saya.

Walaubagaimanapun, untuk merealisasikan impian banyak perkara yang perlu ditelan...terutamanya pendapatan bulanan yang perlu disumbangkan sebagai modal. Sebut pertanian...mesti ada tempat, maka perlu ada tapak atau tanah yang hendak diusahakan. Dengan memegang pepatah "Berdikit - dikit lama- lama menjadi bukit". Kami suami isteri tetap meneruskan impian walaupun pergerakannya diibaratkan macam siput tapi INSYALLAH, usaha pasti jaya.

Saya akan cuba kongsikan serba sedikit dari masa ke semasa tentang projek yang saya usahakan.